Wednesday, February 9, 2011

YURAN & BORANG KEAHLIAN SMS ALUMNI BATCH 1987 - 1991

ASSALAMUALAIKUM / SELAMAT SEJAHTERA KAWAN2..

SETELAH DIPERSETUJUI SEBULAT SUARA OLEH COMMITTEE, YURAN BAGI KEAHLIAN SMS ALUMNI BATCH 1987 - 1991 TELAH DITETAPKAN PADA KADAR RM100 UNTUK TEMPOH SETAHUN.

KAWAN2 BOLEH MEMBUAT PEMBAYARAN ANSURAN ATAUPUN PENUH, MENGIKUT KEMAMPUAN DAN PERANCANGAN KEWANGAN KAWAN2.URUSAN PEMBAYARAN MELALUI BANK ATAUPUN TUNAI AKAN DIURUSKAN OLEH BENDAHARI ALUMNI IAITU CIK NURULHUDA RAMLI ( UDA )

BORANG KEAHLIAN BOLEH DIDAPATI DARI MANA2 COMMITTEE MEMBER ATAUPUN MELALUI E-MAIL.

PENDAFTARAN KEAHLIAN UNTUK MENJADI AHLI KEPADA ALUMNI INI BUKANLAH SATU PAKSAAN. IANYA TERPULANG KEPADA KEPUTUSAN KAWAN2 SENDIRI.

MATLAMAT ALUMNI INI TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN ADALAH UNTUK :

1. MENGERATKAN KEMBALI SILATURRAHIM PERSAHABATAN YANG TELAH TERJALIN LEBIH 20 TAHUN DAHULU.

2. MENYATUKAN KELUARGA BESAR INI DIBAWAH SATU ALUMNI BAGI MENJAGA KEBAJIKAN SESAMA AHLI.

3. MENYUMBANGKAN BAKTI DAN BUDI SESAMA AHLI SEBAGAI MEMENUHI TUNTUTAN KEHIDUPAN.

SEMOGA DENGAN TERBENTUKNYA ALUMNI INI KITA AKAN MENJADI SEMAKIN AKRAB TAK KIRA DARI SEGI KEKELUARGAAN MAHUPUN DALAM SOAL KEHIDUPAN SEHARIAN SERTA PEKERJAAN.

SEMOGA KITA SEMUA AKAN MENJADI SAHABAT SEJATI DUNIA DAN AKHIRAT.


JUE SHARUDIN
b/p SMS ALUMNI BATCH 1987 - 1991

Tuesday, February 8, 2011

1ST REUNION - SMS ALUMNI BATCH 1987 - 1991


Salam buat kawan2...

Terima kasih diucapkan kepada kawan2 yang dapat menghadirkan diri ke majlis REUNION yang pertama untuk SMS ALUMNI BATCH 1987 - 1991 pada 5hb Februari 2011 yang lalu di Cemara Lounge HotSpring..

Jua terima kasih sekalung budi buat kawan2 yang mendoakan serta menyumbang derma ikhlas untuk kelancaran majlis kita ni walaupun diaorang tak dapat hadir kerana terikat dengan tugas2 seharian serta xtvt lain..

Majlis yang serba sederhana ini dimulai dengan doa buat kawan2 yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita di dunia ini serta ingatan tulus ikhlas buat kawan2 yang tidak dapat menghadiri majlis REUNION ini..

Dan akhiran majlis REUNION ini kami telah mengadakan mesyuarat Alumni yang pertama untuk membentuk ahlijawatankuasa sekaligus membentuk tabung SMS Alumni Batch 1987 - 1991 untuk kepentingan kawan2 / ahli2 alumni dimasa2 akan datang.

Setelah mencapai kata sepakat dan sebulat suara.. maka terbentuklah pertubuhan ini..

Semoga Allah merahmatkan kita dengan segala kebaikan dunia & akhirat di dalam Alumni kita ini kerana sesungguhnya nawaitu membentuk alumni ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk merapatkan kembali ukhwah kita sesama sahabat semasa dizaman persekolahan 20 tahun yang lalu dan membentuk keluarga besar serta menjaga kebajikan kita semua.. ibarat kata pepatah ' BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG.. BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT'..

Dengan lafaz yang maha agung.. BISMILLAHIRRAHMANNIRROHIM.. saya sertakan senarai AJK alumni ini untuk pengetahuan semua..

Maka tersenarailah kita di dalam alumni ini untuk sama2 mencapai matlamat hidup yang lebih sempurna.. semoga kita akan sama2 menunaikan tanggungjawab sebagai seorang insan terhadap agama, bangsa, negara, keluarga dan ofcourse untuk alumni kita..

Sebelum menutup bicara.. sebagai wakil yang membantu menganjurkan majlis REUNION ini bersama kawan2 yang lain, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf sekiranya ada kata2 saya yang mengguris rasa dan ada tingkah laku saya yang tidak sedap dipandang mata.. sesungguhnya YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T, DAN YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI SAYA... Assalamualaikum, semoga kita bertemu lagi..


SMS ALUMNI BATCH 1987 - 1991 bagi tahun 2011 - 2012

PENAUNG -

PENGERUSI - KHAIRIL ANUAR AHMAD ( ELLEY )

TIMBALAN PENGERUSI - ZULHAIRI PIAI ( ANJO )

SETIAUSAHA - JULAIDAH SHARUDIN ( JUE )

BENDAHARI - NURULHUDA RAMLI ( UDA )

AJK - SALAMIAH ISA ( ALA )
MARLINA ABD KHALID ( INA )
JAMAEAH MAT SOHOT( JAM )
NOREHA ISMAIL ( NOE )
ZUHAINI HARUN ( ANIE )
NORMALA MOHD IDRIS ( MALA )
ZANARIAH ABD HAMID ( ZANA )
NORHISAM ABU BAKAR ( SHAM BAKAR )
MOHD NOR AZIZI MOHD KASIM ( GG )
MOHD YUSOF ABD GHANI ( USOP )
MOHAMED NOOR MUSTAFA ( MATNOR @ BOB )
MUHAMAS RAZALI ABDUL HAMID ( JALI )
AZMIR FAISAL JAMIL ( AZMIR )
NORHADZLI KAMARUDIN ( ATAN )
HAIRIZAL ADALI ( ADIK )
HAZHAR MUHAMAD AISA ( AR )
SHAMSUL RIZLAN SHAARI ( SAM )
NORHISHAM ABD JALIL ( POEN )
RASALI MAT NASIB ( RAS )
SHAAINI M.JUMAAT ( CHA )
ROMIZAMRUL KAMARUZZAMAN ( ROMIE )
ABDUL RAHMAN ( MAN )

Tuesday, January 25, 2011

one of the doorgifts....



Doorgift ni untuk kawan2 yang datang nanti... Cenderahati yang tak seberapa nilainya berbanding dengan ingatan tulus ikhlas kawan2 semua, tak kira yang hadir mahupun yang tidak dapat hadir..

Monday, January 24, 2011

REUNION - SMS ALUMNI BATCH 87 - 91








Salam kawan2 SMS Alumni Batch 87-91...

Alhamdulillah, so far semuanya dah diaturkan mengikut perancangan.. Insyaallah kita akan berjumpa di majlis REUNION kita yang pertama pada 5hb Februari 2011 nanti. Meskipun ramai kawan2 yang tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja dan lain2 sebab, namun ramai juga yang memberikan sokongan padu untuk menjayakan REUNION kita yang pertama ini. Terima kasih 'daun keladi'kawan2...

Kepada kawan2 yang telah mengesahkan kedatangan tapi belum membuat pembayaran, anda boleh berbuat demikian pada hari REUNION tersebut..No worries!! Kami dah reservedkan tempat anda..

Meskipun ada dikalangan kawan2 yang dah confirm tidak dapat hadir, namun sekiranya pada saat2 akhir atau pun dihujung waktu.. diizinkan Allah, maka dengan sukacitanya kami mengalu-alukan kedatangan kawan2 semua..namun kawan2 perlu membayar 'entrance fee' sebanyak rm8.. Soal makanan, don't worry.. sama2lah kita berkongsi rezeki yang ada.. Saya pasti kawan2 yang lain pun bersependapat.. yang matlamat jamuan ini diadakan bukan sahaja untuk menikmati makanan semata - mata namun mahu bertemu empat mata dengan kawan2 kita.. Mahu bertanya khabar dan cerita... Mahu berkongsi sedih dan gembira.. itu sebenarnya NAWAITU kita..

Majlis hi-tea tersebut akan bermula dari pukul 2.00petang - 6.30 petang.. namun sekiranya ada kawan2 yang 'free' dan ingin lepak2 & chit-chat hingga lewat petang @ malam.. u r allowed to do so.. sebab tempat tu kita dah tempah..
Kat sana ada disediakan surau.. so xde problem kalau kawan2 nak bersolat jemaah nanti..

Tempat parking kereta pun banyak.. kawan2 boleh 'parking' berhampiran dengan Cemara Lounge tu.. kat sana ada dalam 15 lot parking..

Kepada kawan2 yang telah mengesahkan kedatangan dan datang bersama keluarga, anda boleh datang awal untuk mandi - manda bersama keluarga sebelum menyertai majlis hi-tea ini kerana bayaran anda adalah merangkumi tiket & makanan utk majlis REUNION tersebut... Kolam mandi tersebut terletak berdekatan dengan Cemara Lounge ini.. Namun perlu diingatkan, tiket tersebut hanya untuk anda seorang.. keluarga yg datang perlu membeli tiket berasingan..

Kami akan memberikan butiran2 terperinci untuk majlis REUINION kita ini dari masa kesemasa..

Wednesday, January 19, 2011

SMS ALUMNI BATCH 87-91 - REUNION






HI-TEA MENU FOR OUR REUNION

# CHINESE FRIED RICE
# FRIED MEE MAMAK

# ASAM LAKSA

# AYAM GORENG BEREMPAH
# KERABU SOTONG

# BREADED FISH FINGER WITH TARTARE SAUCE
# CREAM OF MUSHROOM SOUP
# BUN & BUTTER
# POTATO SALAD

# ASSORTED SANDWIC
# ANIKA KEROPOK
# JERUK BUAH-BUAHAN
# ROJAK BUAH
# TAUHU BERINTI

# CURRY PUFF
# MALAY KUIH
# BUBUR KACANG HIJAU

# AIS CENDOL

# COFFEE & TEA
# SKYJUICE



NOTE : GAMBAR DIATAS ADALAH 'HIASAN' MENU SEMATA - MATA..

Tuesday, January 18, 2011

SMS ALUMNI BATCH 87-91 - OUR 1ST REUNION



Dear rakan - rakan...

Seperti yang kita sedia maklum, our 1ST REUNION akan diadakan pada :

TARIKH : 5HB FEBRUARI 2011, SABTU
MASA : 2.00PTG - 6.30PTG
TEMPAT : CEMARA LOUNGE, FELDA RESIDENCE HOT SPRING, SG. KLAH
MAJLIS : HI-TEA WITH VERITY SELECTION OF FOODS...
SO U ALL BOLEH 'HANG-OUT' & CHATZ WITH FIRENDS TILL LATE EVENING..



Insya Allah, Kalau takde aral melintang, majlis kita juga akan diserikan dengan kedatangan cikgu2 kita di SMS dulu..

Disebelah petang, kita akan adakan sessi fotografi beramai - ramai dengan cikgu dan rakan2..

Note : Kepada rakan2 yang nak datang tapi tak dapat nak confirm awal, u all jugak boleh menghadiri majlis REUNION kita ni,provided by sehari sebelum tu, 4hb Feb, u all inform kami.. then kita boleh reserve kan nama u all.. payment boleh dibuat pada hari tersebut..

Harap ramai rakan2 yang boleh turn up nanti..


For further detail, sebagai wakil rakan2 lain yg menganjurkan majlis ini,sila hubungi saya :

JUE - 016 2082224
email : jsboutiquecraft@yahoo.com